Mini Website Designer: fazuanminin@programmer.net
e-mail: scout-crewb@fastservice.com k
TERIMA KASIH KESUDIAN ANDA UNTUK BERKUNJUNG WEBSITE UTAMA CREW KELANA B DAERAH KENINGAU.INFO-INFO PENTING KAMI SALURKAN MELALUI MEDIA MASSA YANG TERKINI..KUNJUNGILAH KAMI SENANTIASA.TERBAIK!.

PEK BERCUTI PENGAKAP KANAK-KANAK PERINGKAT DAERAH KENINGAU KALI KE-17



Alhamdullah selesai suda perkhemahan Pek Bercuti peringkat dareah keningau sebentar tadi,
Unit Pasukan Kelana B keningau  mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurus kerana 
menjemput unit Kelana B keningau untuk berkhidmat semasa Pek Bercuti Kanak-kanak berlangsung..

Kami melihat pengakap kanak-kanak yang mengikuti Pek bercuti ini Sangat bersemangat dalam berpengakap. Semoga kita dapat berjumpa lagi ya Pengakap kanak-kanak keningau! Memang terbaik.. :)


UNDANG-UNDANG & PERSETIAAN PENGAKAP


HAYATI UNDANG-UNDANG DAN PERSETIAAN PENGAKAP

LOGO PENGAKAP MALAYSIA

KENALI LOGO PENGAKAP MALAYSIA ...

Pesanan Terakhir Robert Baden Powel


Pengakap-pengakap yang dikasihi,

Jika kamu pernah menyaksikan drama peter pan,tentulah kamu masih ingat bagaimana ketua lanun sentiasa memberi ucapannya yang terakhir kerana dia bimbang tidak sempat hendak mengeluarkan segala isi hatinya apabila dia mati. Begitulah juga halnya dengan saya. Walaupun saya belum sampai ke ambang maut, suatu hari nanti pasti saya akan mati. Jadi inginlah saya mengucapkan kata-kata perpisahan yang akhir kepada kamu semua.
Ingatlah, ini adalah kata-kata terakhir yang kamu dengar dari saya. Jadi cubalah fahami dan fikirkan sebaik-baiknya. Saya telah melalui kehidupan yang paling meriah dan saya mahu tiap orang daripada kamu juga melalui kehidupan yang sama meriahnya.
Saya percaya Tuhan telah menempatkan kita di dunia yang meriah ini supaya kita gembira dan menikmati hidup. Kegembiraan bukanlah datang dari kekayaan mahupun kejayaan dalam hidup atau sebarang kesukaan kamu sendiri. Satu langkah menuju kepada kegembiraan hidup ialah dengan menjadikan diri kamu sihat dan kuat semasa kamu masih budak, supaya kamu boleh menjadi orang yang berguna dengan itu dapat menikmati kehidupan apabila kamu dewasa kelak.
Mempelajari alam semula jadi akan menunjukkan kepada kamu betapa indah dan ajaibnya benda-benda yang dijadikan Tuhan di dunia ini untuk kamu nikmati. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada kamu dan gunakanlah segalanya dengan sebaik-baiknya. Pandanglah ke bahagian yang baik dalam sesuatu perkara dan bukanlah ke bahagian buruknya.
Tetapi cara yang lebih tepat untuk mendapatkan kegembiraan ialah dengan memberi kegembiraan kepada orang lain. Cuba tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang lebih baik sedikit daripada masa kamu melihatnya, dan apabila sampai giliran kamu mati, kamu boleh menutup mata dengan senang hati kerana menyedari bahawa sekurang-kurangnya kamu tidak membuang masa tetapi telah berbuat sesuatu dengan sehabis baik.
“Selalu Sedia” dengan cara ini, untuk hidup dan mati dalam keadaan yang menggembirakan. Sentiasalah berpegang kepada Persetiaan Pengakap-walaupun setelah kamu bukan budak lagi-dan Tuhan akan menolong kamu berbuat demikian.

-sahabat kau,
Baden-Powell of Gilwell